♥ Mama Herda Delights Schedule ♥

~Kelas Basic Cupcakes Decoration BATCH (1) 2010~





Hasil Kerja Tangan "anak murid"


Alhamdulillah selesai sudah kelas basic decoration cupcakes bakes-with-love yang pertama (30hb Jan 2010). Terima kasih buat Kak Siti Fatimah (Kulim), Athirah (B.Mertajam) dan Ilha (B.Mertajam) yang menghadiri kelas Bakes-With-Love yang pertama..Sebenarnya ada 5 orang yang ingin menyertai kelas ini. Tapi pada saat akhir 2 peserta tidak dpt menghadiri kerana ade komitmen lain. Pada mulanya saya amat risau kerana belum pernah mengendalikan kelas sebegini. Ilmu didada rasanya masih belum cukup tapi oleh kerana ingin berkongsi ilmu yang ada bersama yang lain, saya kini telah mula membuat kelas seperti ini untuk memberi peluang pada yang lain mengetahui serba sedikit dunia cupcakes yang kian popular. Kak Siti mula2 risau sbb tiada basic dalam baking..tapi sy meyakinkannya kelas ini sangat mudah untuk difahami dan Alhamdulillah dia dapat mengikuti kelas ini dengan berjaya. Begitu juga dengan Athirah dan Ilha yang merupakan kawan rapat dan masih lagi muda (lepasan SPM), berminat dengan seni cupcakes dengan hanya melayari blog2. Pada mulanya mereka kekok untuk bermain nozzle tetapi setelah di ajar basic mereka sudah pandai membuat design sendiri. Syabas buat semua. Semoga selepas ini latihan kerap dilakukan.

Testimonial:-
Athirah (B.Mertajam) Facebook Komen
hehe..best blaja wat cupcake nie..yg plg best 1 family kmpul nk tgok cupcake sy..hehe..trima kasih jga buat guruku,mama herda..=)

Kak Siti Fatimah (Kulim), Blog Komen
thanks herda...mmg puas hati n best class cuppies u..really enjoy it...
-ct fatimah,kulim-



4 comments:

siti fatimah said...

thanks herda...mmg puas hati n best class cuppies u..really enjoy it...-ct fatmah, kulim-

Mama Herda said...

thanks kak c.t..i enjoy it too..nice to meet you!

Anonymous said...

thanks akak.
kelas cupcake nie mmg best gler.
syok wat cupcake.
pas nie leh try wat sendiri.
hehe.
thanks x 100 :)

Mama Herda said...

tq atie..tq ilha..Alhamdulillah..gud luck to both of you!!

Related Posts with Thumbnails

up