Terima kasih En. Zakri untuk tempahan ini. En. Zakri merupakan pelanggan tetap Mama Herda Delights yang selalu memberi sokongan dan menempah kek dari kami
1) Kelas 'Ombre & Ruffle' Cake 2) Kelas Aneka Cream Puff 3) Kelas Aneka Kuih Talam 4) Kelas Dekorasi Cupcakes (Buttercream & Fondant) 5) Kelas Kek Perkahwinan (2 Tier/2 Stack) **New Design** 6) Kelas Aneka Kek Pilihan 7) Kelas Aneka Tart
Alhamdulillah..seronok mama melayan karenah adik Afiq, Adlin, Azreen dan anak-anak mama Aiman & Airel membuat cupcakes. Sungguh teruja mereka bila mereka berjaya membuat cupcakes sendiri. Yang seronok tu sampai plan nak jual kat kawan-kawan. Terima kasih pada semua terutama pada Puan Shafida ibu kepada Adlin & Azreen dan juga Pn Norhayati ibu kepada adik Afiq. Mereka sungguh berbakat.
Assalamualaikum, selamat datang ke blog saya. Nama saya Herda Johan, atau lebih dikenali sebagai Mama Herda. Kepakaran saya ialah memberi kepuasan kepada orang yang amat sukakan Kek. Saya seorang 'home-baker' dengan menjalankan perniagaan Bakeri di rumah, seorang surirumah sepenuh masa dengan menjaga 4 orang cahaya mata yang amat saya cintai, juga seorang isteri kepada seorang suami yang amat memahami minat saya dalam pembuatan kek. Blog ini di buat bukan sahaja untuk berkongsi minat saya dengan semua tetapi juga ingin memberi inspirasi kepada semua surirumah di luar sana bahawa jangan lupakan minat anda, teruskan walaupun ada sekatan kerana kita tidak mahu satu hari nanti kita akan menyesal. Terima kasih.