Terima kasih buat NorHafiza dan rakan2 yg menempah choc moist cupcakes ini. Sebenarnya cupcake ni utk Gift kpd sahabat mereka yg bertunang. Selamat Bertunang mama herda ucapkan.
Saya sebenarnye berdebar dan excited bila dapat tempahan ni dari kakak ipar dan Abang kpd AZIZUL HASNI AWANG khas buat adik mereka di hari pernikahan pelumba basikal negara ini pd 30hb Jan di Ipoh..mereka nak buat theme basikal..kebetulan Kak Zuraini tinggal satu taman dengan saya..mula2 saya curious kenapa theme basikal untuk hantaran kahwin. Apabila diterangkan yang Azizul Hasni Awang baru laa sy terkejut..jadi sy buat yg terbaik dan termampu..permintaan mereka ialah theme Basikal dan digabungkan dengan Strawberry Choc Moist Fresh Cream..Sebelum ni kak Zuraini ade order tempahan bagi merisik kali ni untuk pernikahan pula. Untuk menampakkan theme basikal ini tidak janggal di hari pernikahan sy gabungkan dgn roses fondant bg menampakkan unsur romantik. Kotak hantaran tidak disediakan menambahkn cabaran buat sy sbb sy hanya imagine dgn menggunakn size kotak yg diberi sahaja..Alhamdulillah..gambar sebenar hantaran sy belum dapat lagi..saya gembira bila pihak keluarga suka dgn hasil kerja tangan saya..Terima kasih Buat Kak Zuraini dan Suami yang memberi kepercayaan pada saya untuk membuat cupcakes yang diinginkan..
Hantaran di atas di order oleh Kay Dee dari Penang..Kay Dee minta mama buatkan Hantaran Cupcakes design mcm customer mama HAFSHA . Theme warna dia tak kisah..so mama pun try buat warna yg kontra Black, red & white..thanks Kay Dee..mama happy membuatnye..& happy juga bila Kay Dee datang ambik cupcakes ni and the first word u say is "CUTE" and u senyum je..anyway..mama ucapkan Selamat Pengantin Baru..May Allah bless your marriage!!
Theme Blue & White ni pulak order dari customer tetap mama Sabariah (USM Penang)..Minggu lepas pun dia ade order hantaran cupcakes untuk cousinnya..kali ni untuk adik tersayang..theme sebenar ialah blue & white..tapi mama taknak bagi nampak boring mama add little pink & green untuk menaikkan seri..anyway thanks a lot to u dear..seronok mama bila Sabariah suke hasil nya..
Di bawah adalah senarai harga bagi tempahan DOORGIFT cupcakes bagi untuk tetamu bagi Majlis Perkahwinan atau sebarang Majlis..Harga dibawah adalah istimewa dan menjimatkan bagi Pakej Eksklusif..
Cupcakes Solo Cup (approx. diameter 2.5 inch / height 1.5 inch)
Assalamualaikum, selamat datang ke blog saya. Nama saya Herda Johan, atau lebih dikenali sebagai Mama Herda. Kepakaran saya ialah memberi kepuasan kepada orang yang amat sukakan Kek. Saya seorang 'home-baker' dengan menjalankan perniagaan Bakeri di rumah, seorang surirumah sepenuh masa dengan menjaga 4 orang cahaya mata yang amat saya cintai, juga seorang isteri kepada seorang suami yang amat memahami minat saya dalam pembuatan kek. Blog ini di buat bukan sahaja untuk berkongsi minat saya dengan semua tetapi juga ingin memberi inspirasi kepada semua surirumah di luar sana bahawa jangan lupakan minat anda, teruskan walaupun ada sekatan kerana kita tidak mahu satu hari nanti kita akan menyesal. Terima kasih.