Alhamdulillah mama kini kembali dengan Kek Lapis Sarawaknyeee..hehe..sebelum ni mama ade gak ambik order untuk kek lapis sarawak..tetapi mama hentikan tempahan untuk sementara..Hari Raya tahun ni mama pulang beraya di kampung halaman mama di Labuan..bila beraya disana kek2 begini popular di hidang untuk tetamu seperti di Sarawak. Mama minta maaf sebab terpaksa menolak tempahan dari beberapa pelanggan setia mama untuk kek lapis sarawak kerana atas komitmen lain..InsyaAllah tahun hadapan mama akan buka order kembali dengan koleksi-koleksi kek lapis sarawak yang terkini dan juga yang 'evergreen'..Terima kasih atas sokongan semua..
**Kek Lapis Tembikai di atas mama buat saje je untuk hidangan di rumah..untuk membuat kek lapis sarawak perlu kesabaran yang tinggi dan kreatif. Kini terdapat pelbagai resepi kek lapis sarawak yang terkini dan menarik. Rasanye yang lain dari yang lain membuatkan kek lapis sarawak terkenal bukan saja di negeri asalnye tetapi juga di seluruh negeri. **
0 comments:
Post a Comment