Salam semua..hehe..okay sekarang mama dah kembali..mama dah open order pada sesiapa nak order yer..just email/sms..mama sedia menjawab semua pertanyaan tentang order anda!!! Terima kasih!! Muaaahhhhhh...
Terima kasih buat Alynn dan Ee yang sudi order kek dr mama yer..thanks a lot..actually diorg ni kawan mama..diorg jemput datang kenduri kawen diorg kat KL..lps tu order kek kat mama sekali..3 Tiers ni special sikit..sbb yg bawah sekali tu Blueberry Cake, Tengah lak Choc Cakes, Atas sekali Sponge Cake biase..permintaan khas dari pengantin hehe..seronok sgt dtg kenduri diorg sbb ramai kawan mama yg datang gak..anyway to Alynn & Ee..Thanks a lot sbb suke kek tu..and Selamat Pengantin Baru!! Cepat dpt baby yerrr..
Thanks a lot to Yies kerana sudi order kek dari mama yer..actually she is my friend dari Kl..so alang2 mama turun Kl, dia order kek dari mama..3kg Choc Moist Cake (3D Minnie Mouse)..
Choc moist cupcakes ni mama buat saja2 utk jamu kawan2 mama makan..hehe..mklum lee dengar je mama nk turun kl masing2 nak jumpa melepaskan rindu hehe..so mama pun buatkan le choc moist cupcakes ni atas permintaan ramai sambil berdendang..hehe..thanks pd member2 mama yg puji cupcakes mama sodap..hehe..
Sambil2 tu kawan mama sorang ni (ila KL) dok teringin nak mkn choc moist cakes mama..jadi dia pun order le sebijik..tapi sorry le ila if deco nyee tak lawo mana..hehe..maklumle nk membawa bahan projek naik train dari penang ke kl ni payah..hehe..anyway thanks a lot ila..sbb ko kata kek ku sodapppp..walllaaa..
"RED VELVET CAKE with CREAM CHEESE FROSTING"..version "Bakes-With-Love" hehehe..alhamdulillah cubaan pertama mama menjadi..dan memang kek ni lain dari yang lain sebab..bila kita tengok kek ni dia warna merah baldu..tetapi bila makan aje rasa coklat..mama pun berikan le pada jiran2 untuk rasa..then jiran mama tanya laa "herda cake tu u letak blueberry ke?"..mama jawab.."tak tu choc actually"..then jiran mama jadi pelik sebab kenapa merah yer??? tu yg buat mama teruja membuatnyee sbb warna merah tapi rasa chococlate..then yg menambah lagi rasa cake ni ialah frosting cream cheese nye yg membuat lagi menyengat..hehehe..Jeng..jeng..jeng..
For those yang berminat nak rasa..nak order leh le try..sesuai untuk birthday, anniversary dan acara lain..
Order by Nizaha..pick up at Petronas Politeknik Seberang Jaya..16 pieces special design cupcakes..LIVERPOOL theme..perhhhh teruja bila buat design ni..tp x leh nk lukis logo penuh sebab x muat cupcakes..anyway thanks Nizaha..hope u like it..
Assalamualaikum, selamat datang ke blog saya. Nama saya Herda Johan, atau lebih dikenali sebagai Mama Herda. Kepakaran saya ialah memberi kepuasan kepada orang yang amat sukakan Kek. Saya seorang 'home-baker' dengan menjalankan perniagaan Bakeri di rumah, seorang surirumah sepenuh masa dengan menjaga 4 orang cahaya mata yang amat saya cintai, juga seorang isteri kepada seorang suami yang amat memahami minat saya dalam pembuatan kek. Blog ini di buat bukan sahaja untuk berkongsi minat saya dengan semua tetapi juga ingin memberi inspirasi kepada semua surirumah di luar sana bahawa jangan lupakan minat anda, teruskan walaupun ada sekatan kerana kita tidak mahu satu hari nanti kita akan menyesal. Terima kasih.